8 Mei 2017
Karnival i-Media Baharu Kedah
2017 telah diadakan pada 4 – 6 Mei 2017 bertempat Dataran Guar Chempedak Yan
Kedah.
Karnival i-Media Baharu Kedah
2017 bertemakan “Tabayyun Dahulu: Klik Dengan Bijak” telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin
Haji Baharom (B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen
Jerai. JAKIM melalui Bahagian Dakwah sebagai penganjur Program ini meneruskan
peranan JAKIM dalam memperkasakan agenda dakwah kearah pembentukan khaira
ummah melalui usaha menjalinkan penyelarasan dan rangkaian dakwah
bersama agensi agensi lain.
Melalui program santai ini, ia
dapat mendekati masyarakat melalui konsep turun padang, mendedahkan kepada
masyarakat trend penggunaan media baharu implikasi dan bahayanya kepada
masyarakat. Karnival yang dijalankan selama 3 hari 2 malam mendapat sambutan
yang hebat dari masyarakat Guar Chempedak dan daerah Yan amnya. Bermula program
Simposium Dakwah Media Baharu, Himpunan Belia Islam Kedah 2017,Forum
Perdana Ehwal Islam, Program Komuniti, Nahmu Ma’akum, Gotong
Royong Kampung, Ceramah Motivasi, Pertandingan Futsal, Gema Selawat/Malam
Keseniaan Islam, Pertandingan Memasak serta pameran pameran dari agensi agensi
kerajaan dan Kelab Motosikal berkuasa tinggi.
Karnival ini juga menampilkan
tetamu tetamu yang hebat dalam mengisi program program yang di rancang seperti Sahibus Samahan Dato’ Mufti Wilayah
Persekutuan, YBhg Datuk Ustaz Kazim Elias, Prof. Madya Dr Sharifah Haayati, PU
Akram, Kumpulan Nasyid In-Team dan ramai lagi.