Sunday, 29 January 2017

MUHASABAH: ALAM YANG KEKAL ABADI

Disediakan :
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

Satu Alam yang kekal abadi...
Alam yang kita keseorangan...
Di sinilah Alam yang memisahkan antara kita dan insan insan yang kita sayang selama ini, rumah yang tersergam indah, harta yang tak terhitung kiranya...


Alam Barzakh merupakan 'ALAM PERANTARAAN' antara Alam Dunia dengan Alam Akhirat di mana Alam Pembalasan Pertama samada hidup terseksa atau hidup memperoleh nikmat sehingga seterusnya di Alam Akhirat.

Nabi SAW pernah bersabda:

“Di alam kubur itu ada Hisab (perkiraan mengenai iktiqad: kepercayaan) dan di Akhirat juga ada Hisab (Perkiraan Amalan); maka sesiapa yang telah dihisab dalam Kubur dia adalah telah 'lulus'; dan siapa dihisabkan (dengan teliti) di hari Kiamat maka dia akan diseksakan.”
(Riwayat Al-Hakiim dan At-Tirmidzi)



MUHASABAH: KEMATIAN ITU PASTI

Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

29 Januari 2017

KEMATIAN ITU PASTI

Sesungguhnya kisah kematian itu benar.
Kita sering mendengar berita kematian.
Yang pasti kematian akan meninggalkan kesedihan yang amat dalam buat insan insan yang ditinggalkan.
Kematian itu PASTI...
Kematian itu semakin MENGHAMPIRI...
Setiap waktu, saat, minit, jam, hari, bulan mahupun tahun KEMATIAN akan pasti DEKAT & HAMPIR...

 "Setiap manusia PASTI merasai mati"

Namun kita tidak tahu:-

bilakah KEMATIAN menjemput kita?

bagaimanakah situasi dan keadaan KEMATIAN kita?

dimanakah akan berlaku KEMATIAN kita?

Adakah KEMATIAN kita akan berakhir dengan Husnul Khatimah?
Ingat lah:-!!!!!!

"apabila AJAL akan datang, ia TIDAK AKAN dipercepatkan walau sesaat atau dilambatkan walaupun sesaat".......

Siapa kita untuk lari dari KEMATIAN...

Apabila Kematian sampai
SELAMAT TINGGAL

Pangkat?

Harta?

Jawatan?

Isteri?

Suami?

Anak Anak?

Sahabat Handai?

Kaum Keluarga?

Semua kita akan tinggalkan, yang tinggal hanyalah

- Amalan Kebajikan

- Doa dari Anak yang soleh dan solehah

- Ilmu yang bermanfaat

Bersediakah kita dengan menerima kehadiran Sakaratul Maut?

Bersediakah kita untuk berhadapan Sakaratul Maut?

Bersediakah kita dengan kesakitan dan kepedihan pabila disentap nyawa kita oleh Sakaratul Maut?

Bersediakah kita meninggalkan insan insan yang tersayang buat selama lamanya?

Bersediakah kita untuk meninggalkan rumah mewah ke rumah yang kekal abadi buat selama lamanya?

Bersediakah kita untuk menerima soalan soalan dari Munkar dan Nankir?

Bersediakan kita untuk menutup segala amalan amalan yang selama ini direkodkan oleh Raqib dan Atid?

Sesungguhnya Kematian itu pasti
Di dalam detik beberapa saat kita bersuka ria,
Di dalam beberapa saat itu jugalah kita bersedia menerima kematian,

Allah membekalkan kita 3 hari sahaja dalam meneruskan titian perjalanan hidup kita:-

- Hari semalam adalah hari yang berlalu, segala apa yang berlaku semalam dijadikan pengalaman dan pengajaran

- Hari ini, syukur Alhamdulillah hingga ke saat ini Allah masih mensubsidikan nikmat untuk terus kita bernafas dan menikmati segala nikmat nikmat kurniaannya dan berazam untuk perbaiki ke arah lebih baik dari Hari Semalam.

- Hari esok, belum pasti hari kita, belum pasti kita menemuinya...

Ya Allah Akhirilah Penghidupan Kami Dengan Pengakhiran Yang Baik dan Jauhkanlah Kami dari Pengakhiran Yang Buruk

Amin Ya Rabbal Alamin....

Sekian...Wassalam





Friday, 27 January 2017

MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN DAKWAH

Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim

Tarikh:
27 Januari 2017

Tempat:
Bilik Mesyuarat Aras 4
Blok B, Kompleks Islam Putrajaya

Mesyuarat Pengurusan Bahagian Dakwah telah diadakan pada 27 Januari 2017. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Pengarah Bahagian Dakwah. Mesyuarat Pengurusan Dakwah dihadiri gred S27 ke atas.






BACAAN YAASIN BAHAGIAN DAKWAH

Disediakan:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
27 Januari 2017 (Jumaat)

Tempat:
Aras 8, Bahagian Dakwah
Blok B, Kompleks Pusat Islam Putrajaya

Majlis bacaan yaasin pegawai dan kakitangan Bahagian Dakwah diadakan setiap minggu pada hari jumaat (kecuali cuti am)

Majlis ini mengeratkan silaturrahim dikalangan pegawai dan kakitangan bahagian Dakwah










Tuesday, 24 January 2017

BERHATI HATI SETIAP LANGKAH DAN GERAK GERI KITA

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
25 Januari 2017


Berhati hati dalam setiap langkah kita dalam melalui titian perjalanan hidup ini....
Awasi dalam setiap gerak geri kita , kerana kita sentiasa dipantau dan direkodkan....
Ia akan dibentangkan pabila tiba waktunya.....



Dalil Al-Quran


SAAT KAMU MENDAPAT BERITA

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
25 Januari 2017


Berhati di saat menerima sesuatau berita. Sama ada  melalui whatsap, twitter dan sebagainya.
Dala dunia teknologi sekarang ini, banyak meminta kita sabar dan selidik dahulu.....


Monday, 23 January 2017

MESYUARAT PEMBANGUNAN e-PISH

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
23 Januari 2017(Isnin)

Mesyuarat bertujuan mengembangkan penggunaa dan memaksimumkan penggunaan bahan rujukan Jakim sedia ada. Mesyuarat diadakan dengan kerjasama SKMM



Friday, 20 January 2017

MAJLID BACAAN YAASIN DAN TAHLIL BAHAGIAN DAKWAH

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
20 Januari 2017(Jumaat)

Tempat:
Aras 8, Bahagian Dakwah
Blok B, Kompleks Islam Putrajaya

Majlis bacaan yaasin dan tahlil merupakan aktiviti setiap minggu anjuran Kelab Kebajikan Bahagian Dakwah. Program ini memberi kesempatan kepada pegawai dan kakitangan bahagian Dakwah berkumpul seminggu sekali bagi merapatkan hubungan silaturrahim dan mendengar taklimat terkini dari Pengarah Bahagian Dakwah.







Thursday, 19 January 2017

KEMBALIKAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM

Disediakan oleh:
Tema Media Baharu Bahagian Dakwah Jakim

Sumber:
Artikel Utusan Malaysia  19 Januari 2017

Suatu ketika dahulu Islam cukup hebat kegemilangannya. Segala apa bidang dikuasai oleh Islam dengan menampilkan tokoh tokoh Islam yang hebat...siapa tidak kenal dengan Ibnu Sina, Al Biruni, Al Khawarizmi, dan ramai lagi.
Atas inisiatif itu, Bahagian Dakwah Jakim melalui Cawangan Inovasi dan Ketamadunan dengan kerjasama rakan strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan  Seminar Kebangsaan Tamaduun dan Warisan Islam (TAWIS) pada bulan Disember 2016 yang lalu.


KENYATAAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

 Disediakan oleh
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Sumber: 
 Unit Korporat JAKIM

Kenyataan Media 
Ketua Pengarah  
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berkenaan
Tarikh Awal Muharram  1439H


Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.  

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017. 

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini. 

Sekian.


TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
19 Januari 2017






SEGALA PERMASALAHAN AKAN TERJAWAB...INS SHA ALLAH

Disediakan oleh :
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Pihak kami ingin berkongsi  alternatif dalam menyelesaikan segala persoalan dan kemusykilan yang mungkin membelenggu selama ini. Sila kunjungi dan melayari media sosial Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan..:-

1. Bayan Linnas [https://goo.gl/0K0OGE]

2. Al-Kafi li al-Fatawi [https://goo.gl/8oFc8n]

2. Irsyad al-Fatwa [https://goo.gl/xFtd0a]

3. Irsyad al-Fatwa Edisi Ramadhan [https://goo.gl/A97We8

4. Irsyad al-Fatwa Edisi Haji & Korban [https://goo.gl/xPzj4G]

5. Irsyad Usul al-Fiqh [https://goo.gl/wIjbT0]

6. Irsyad al-Hadith [https://goo.gl/ic7Pkx]

sekiranya ingin beramah mesra dan ingin mendapatkan ilmu secara LIVE YBhg Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan boleh mendapatkan jadual kuliahnya:-

 www.raudhah.co/drzulkiflialbakri.


MESYUARAT PROJEK TRANSFORMASI BIL 2/2017

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
19 Januari 2017

Tempat:
Bilik Mesyuarat Utama Aras 2
Blok B, Kompleks Islam Putrajaya

Mesyuarat yang diadakan ini merupakan mesyuarat terakhir diurusetiakan oleh Bahagian Dakwah melalui Cawangan Inovasi. Selepas ini Mesyuarat ini akan diurusetiakan oleh Bahagian Penyelidikan




Wednesday, 18 January 2017

MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA JAKIM DAN SKMM

 Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
18 Januari 2017

Masa:
2.30 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat Aras 4
Kompleks Islam Putrajaya

Satu mesyuarat penyelarasan bersama JAKIM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat  telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Inovasi Ketamadunan Ustaz Amran bin Awaludin




PERBINCANGAN PERANCANGAN INISIATIF MEDIA BAHARU

 Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh:
18 Januari 2017

Masa:
9.30 pagi

Tempat:
Bilik Mesyuarat Aras 4
Kompleks Islam Putrajaya

Perbincangan dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Inovasi Ketamadunan Bahagian Dakwah JAKIM.....










AL-FATIHAH

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh :
18 Januari 2017

Innalillahiwainnailaihirojiun......

Dukacita  dimaklumkan Ustazah Nizatul Shasha Binti Dania Pegawai Kader JAKIM bertugas di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.00 pagi. Jenazah Almarhumah akan dibawa ke Melaka.

AL-FATIHAH

SEMOGA ROH ALMARHUMAH DITEMPATKAN BERSAMA SAMA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH


Tuesday, 17 January 2017

SEMINAR LIBERALISME AGENDA JAHAT ILLUMINATI

Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh :
17 Januari 2017 (Selasa)

Masa  : 
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat :
Auditorium JAKIM,
Aras B1, Blok A,
Kompleks Islam Putrajaya


Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) telah mengadakan Seminar Liberalisme Agenda Jahat Illuminati. Seminar yang menampilkan beberapa ahli panel yang hebat dalam pembentangan kertas kerja. Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta melancarkan dua buah buku yang bertajuk:

1.  Akhlaq Dalam Islam : Mendepani Abad Ke 22 - Ustaz Muhammad Uthman El Muhammady rh dan;-  

2. Islam dan Fitnah Modernisme - Ustaz Wan Muhammad bin Muhammad Ali rh "







Monday, 16 January 2017

TAHNIAH PERLANTIKAN KPPA MALAYSIA BARU


Disediakan oleh: 
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Selamat bertugas kepada YBhg Dato' Sri Zainal Rahim Bin Seman yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia yang berkuatkuasa pada 16 Januari 2017.

Thursday, 12 January 2017

MAJLIS PERHIMPUNAN AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI


Disediakan oleh: 
Team Media Baharu Bahagian Dakwah


Tarikh : 13 Januari 2017 / 13 Rabiulakhir 1438H

Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya, PUTRAJAYA

Perhimpunan bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  kali ini adalah Perhimpunan yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya buat pertama kalinya.

Perhimpunan yang akan menumpukan ucapan dan amanat sempena 2017 oleh YB Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) yang akan dihadiri seluruh agensi agensi Hal Ehwal Islam dibawah YB Menteri.


MESYUARAT PENYEDIAAN PELAPORAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM JAKIM (JPM)



Disediakan oleh: 
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

Tarikh : 
12 Januari 2017 (Khamis)

Masa :
9.30 pagi

Tempat :
Bilik Mesyuarat (Gerakan), Aras 9, Pejabat Timbalan Menteri
Blok A, Kompleks Islam Putrajaya

Satu mesyuarat dan taklimat Penyediaan Pelaporan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam JPM telah dipengerusikan oleh  YBhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan. Ahli mesyuarat terdiri dari Pengarah Pengarah Bahagian Jakim termasuk Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan Sarwak serta Masjid Putra, Masjid Mizan dan Masjid Negara. Taklimat disampaikan oleh wakil wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Turut di undang wakil dari jabatan Perdana Menteri.




Thursday, 5 January 2017

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


Disediakan oleh: 
Team Media Baharu Bahagian Dakwah


Unit Media Baharu Cawangan Inovasi dan Ketamadunan Bahagian Dakwah telah mengadakan kunjung hormat bersama YBhg SS Dato'  Dr. Zulkifli Al Bakri Mufti Wilayah Persekutuan pada 5 Januari 2017. Jakim diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah Ustaz Che Hussin Che Isa. Kunjungan ini bertujuan mendapatkan sedikit perkongsian dan pendapat bersama Jabatan Mufti Wilayah dalam penggunaan Media Baharu dalam berhadapan persoalan yang ditimbulkan oleh orang awam.Kami turut di bawa melawat dan mendengar taklimat cara menjawab dan memberi maklum balas persoalan yang dikemukakan oleh orang awam melalui media baharu seperti facebook, instagram, dan telegram.