Friday, 24 February 2017

SAKSIKAN BICARA DIALOG PERDANA TRANSFORMASI NASIONAL (TN50)


Jangan Lupa Malam Ini Sama sama Kita Saksikan Dialog Perdana Transformasi Nasional (TN50)
dengan menampilkan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi  Timbalan Perdana Menteri Malaysia



Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

Sumber:
Cawangan Pengembangan
Bahagian Dakwah


MAJLIS BACAAN YAASIN BAHAGIAN DAKWAH

Tarikh:
24 Februari 2017 ( Jumaat )

Majlis bacaan yaasin yang diadakan setiap minggu pada hari Jumaat bagi mengeratkan silaturrahim pegawai dan kakitangan Bahagian Dakwah serta perkongsian maklumat berkaitan bahagian. Majlis pada minggu ni telah diketuai oleh Ustaz Ridzuan Awang, bacaan doa oleh Ustaz Salleh dan Tazkirah dari Ustaz Zaidi.






Disediakan oleh
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM



SIAPA KATA ORANG ASLI ISLAM TIDAK BERJAYA??

Wednesday, 22 February 2017

PERANGI RASUAH, RASUAH AMALAN SIA SIA, PEROSAK AGAMA DAN MERUNTUHKAN NEGARA

AGENSI MARITIM: KURSUS SMART FITRAH INSANI 1/2017

SMART FITRAH INSANI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengadakan Kursus Smart Fitrah Insani Siri 1/2017.
Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam telah di hadiri seramai 30 orang perserta di Akademik Maritim Kuantan Pahang . Para peserta akan menjalani modul kerohanian dan jasmani kendalian barisan fasilitator dan penceramah yang telah diuruskan oleh Cawangan Inovasi dan Ketamaduan Bahagian Dakwah.





  

  

  
  

  


 


 





Tuesday, 21 February 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA JIHAD

Tarikh:
21 Februari 2017

Tempat:
Bilik Perbincangan
Aras 8, Bahagian Dakwah
Kompleks Islam Putrajaya

Mesyuarat Jawatankuasa Jihad telah diadakan pada 21 Februari 2017 bertempat Bilik Perbincangan Bahagian Dakwah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Pengarah Bahagian Dakwah dan diurusetiakan oleh Unit PNI.






Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

10 SALAH FAHAM USUL RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH

Sunday, 19 February 2017

TULISAN YAB DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI DALAM MEMERANGI KEGANASAN

(Berikut adalah berita pertama daripada dua berita yang dipadankan daripada artikel oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam edisi terbaharu 'Journal of Public Security and Safety'. 


Dalam tulisan ini, Ahmad Zahid membicarakan mengenai dasar melawan keganasan, memerangi pembiayaan keganasan serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memerangi ancaman keganasan). 



KUALA LUMPUR: Rangka kerja perundangan dan peraturan yang dilaksanakan Malaysia dalam memerangi pembiayaan keganasan, mendapat keyakinan dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif peraturan yang berkaitan itu menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Katanya, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 mewajibkan institusi kewangan mengemukakan dengan segera transaksi yang mencurigakan kepada unit risikan kewangan Bank Negara Malaysia. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pengganas memerlukan banyak sumber untuk mengendalikan kemudahan latihan, mendapatkan senjata dan melakukan perjalanan bagi menyemarakkan aktiviti keji mereka. "Tanpa dana, mereka tidak akan mampu melaksanakan sebahagian besar aktiviti mereka. "Jumlah serangan pengganas terus meningkat dan hubungan antara serangan demikian dengan pembiayaan keganasan pula adalah ketara, " katanya. Bagi mengukuhkan lagi pendapat beliau mengenai isu itu, Ahmad Zahid berkata untuk melemahkan dan menghapuskan keganasan, pihak berkuasa perlu menjejaki, mengurangkan dan menyekat aliran kewangan pertubuhan jenayah pengganas. Katanya, hasil daripada komitmen yang ditunjukkan dan usaha berterusan yang dilakukannya untuk memperkemaskan lagi inisiatif pencegahan wang haram serta memerangi pembiayaan keganasan, tahun lalu, Malaysia diterima menganggotai Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), sebuah badan penggubal dasar yang dibentuk pada 1989 oleh Sidang Kemuncak G-7 di Paris. Badan itu bertujuan meningkatkan pelaksanaan langkah perundangan dan peraturan secara berkesan dalam memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan ancaman berkaitan terhadap keutuhan sistem kewangan antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Asyraf Hamzah "Masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara anggota FATF yang komited secara serius terhadap usaha memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, " katanya. Katanya, pengiktirafan itu akan mengukuhkan lagi kedudukan strategik Malaysia bagi memperoleh capaian lebih meluas terhadap pasaran kewangan global, khususnya pasaran modal. Beliau berkata, ia seterusnya akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan dan perbankan yang mantap di peringkat serantau khususnya dan di peringkat dunia amnya. Menyentuh ancaman kumpulan pengganas Daesh di negara ini, Ahmad Zahid berkata Malaysia menggubal dua undang-undang pencegahan - Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015. Selain itu, katanya, Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman berat iaitu penjara hingga 30 tahun atau sepanjang hayat atau hukuman mati bagi kesalahan berkaitan keganasan. "Malaysia tegas dalam menganjurkan peperangan global terhadap keganasan," katanya. Mengenai langkah di peringkat serantau, beliau berkata Malaysia dan negara anggota ASEAN lain menjalin kerjasama erat dalam menangani perkara berkaitan keselamatan, termasuk isu keganasan. Katanya, Malaysia juga menjadi pihak kepada kebanyakan konvensyen dan protokol antarabangsa mengenai usaha memerangi keganasan. BERNAMA








Disediakan :
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim

Sumber:
Berita Harian Online (19 Februari 2017)

Friday, 17 February 2017

LIVE FB PROGRAM KULTUM

Tarikh:
17 Februari 2017 (Jumaat)

Buat pertama kali Team Media Baharu Bahagian Dakwah mengadakan secara LIVE melalui Facebook Bahagian Dakwah Program Kuliah Tujuh Minit (Kultum). 
Program ini menampilkan YBhg Ustaz Mohamad Zarifi  bin Haji Mohamad Daud dengan tajuk "Anak Istimewa". Menurut penyelaras admin FB Bahagian Dakwah Ustazah Nazirah Abu Bakar, beliau melahirkan rasa sukur Alhamdulillah program Live FB yang diadakan pertama kali mendapat sambutan dengan 1000 rakan FB yang menonton dan 20 orang yang telah kongsi selama 20 minit sahaja. Terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi pengalaman dan tips membesarkan anak yang istimewa.
Menurut admin FB, program KULTUM ini akan diadakan setiap hari jumaat setiap minggu. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan secara LIVE boleh melayari Facebook Bahagian Dakwah untuk mengikuti program KULTUM

https://www.facebook.com/DakwahJAKIM/videos/10154980611132398/




Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim







MAJLIS BACAAN YAASIN BAHAGIAN DAKWAH

Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

Tarikh:
17 Februari 2017 (Jumaat)

Majlis bacaan Yaasin pegawai dan kakitangan Bahaguan Dakwah di Aras 8 Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
Majlis yang diadakan hari jumaat setiap minggu bagi menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim dikalangan pegawai dan kakitangan. Majlis hari ini turut diadakan tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Salleh KPP Bahagian Dakwah.









Thursday, 16 February 2017

PROGRAM KULIAH TUJUH MINIT "KULTUM"


Program KULTUM (Kuliah Tujuh Minit)
yang akan diadakan secara Live melalui media Facebook Bahagian Dakwah Jakim. Program yang pertama kali dikendalikan Team Media Baharu Bahagian Dakwah Jakim akan menampilkan YBhg Ustaz Mohamad Zarifi bin Haji Mohamad Daud dengan tajuk " Anak Istimewa". Program secara Live akan diadakan pada jam 10.00 pagi 17 Februari 2017/ 20 Jamadilawwal 1438H (Jumaat).

Seluruh warga media sosial dijemput untuk menonton.


Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim


CARTA ORGANISASI TERKINI CAWANGAN INOVASI & KETAMADUNAN

Carta Organisasi Cawangan Inovasi dan Ketamadunan terkini.
Perubahan carta organisai berlaku selepas Ustaz Marwan (S22) dan Ustaz Mohd Nur Hazwan (S32) bertukar berkuatkuasa 1 Februari 2017.












Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM


SESUNGGUHNYA BENAR BELAKO.....PERINGATAN BUAT YANG HIDUP





Semua Akan Merasainya,,,,,

Semua  Orang Sedang Menunggu Gilirannya

Wednesday, 15 February 2017

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN ISU VALET DOA

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ingin memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

2. Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada. Doa perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.

3. Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

4. Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
15 FEBRUARI 2017

Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

Sumber:
Seksyen Unit Korporat
JAKIM

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN : VALET DOA


Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA.

Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.

Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: ‘Ya, perbanyakkannlah.”
(Riwayat Ahmad, no. 10749)

Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Samada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari(11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.

Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Februari bersamaan 18 Jamadil Awal 1438

Bacaan penuh, sila rujuk http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1416-bayan-linnas-siri-ke-85-penjelasan-tentang-valet-doa

Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim

Sumber:
Jabatan Mufti
Wilayah Persekutuan

Monday, 13 February 2017

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU



 Tarikh:

13 Februari 2017 ( Isnin)

Bahgian Dakwah Jakim melalui Cawangan Inovasi dan Ketamadunan telah menerima kunjungan pelajar Darul Quran. Program yang dinamakan Perkongsian Ilmu telah diadakan  bertempat Mini Teater Bahagian Media Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Seramai 35 orang pelajar Darul Quran Semester 2 program Diploma Tahfiz Al Quran telah hadir. Ustaz Radihan dari Cawangan Akidah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah menyampaikan taklimat dan sedikit perkongsian ilmu berkaitan Ahli Sunnah Wal  Jamaah Di Malaysia.




 


Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagaian Dakwah JAKIM


Sunday, 12 February 2017

KENYATAAN AKHBAR TAN SRI DATO' KETUA PENGARAH JAKIM BERKAITAN ISU DERMA



Tarikh:
12 Februari 2017

YBhg Tan Sri Dato Ketua Pengarah JAKIM mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati hati memberi sumbangan mahupun derma. Ia bertujuan bagi mengelakkan peminta derma memanipulasi kemurahan hati rakyat Malaysia


Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim

Sumber:
Harian Metro 12 Februari 2017


Friday, 10 February 2017

DI MANAKAH KEBERADAAN KITA?

MESYUARAT SEKRETARIAT DAKWAH KORPORAT JAKIM KALI KE 11 TAHUN 2017



Tarikh:
10 Februari 2017 ( Jumaat)

Satu Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM Kali Ke 11 Tahun 2017 telah diadakan pada 10 Februari 2017. Mesyuarat dihadiri oleh  wakil wakil dari syarikat korporat (GLC  dan Swasta) di bawah Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM yang telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Ketua Pengarah JAKIM. Mesyuarat telah diadakan di  Permodalan Nasional Berhad Kuala Lumpur. Turut hadir mesyuarat YBhg Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dan YBhg Dato' Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM.







Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

Sumber:
Cawangan Pengembangan Islam
Bahagian Dakwah JAKIM

Thursday, 9 February 2017

LANGSUNG DARI KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA 5PM [9 FEB 2017]

JAKIM MENERUSKAN AGENDA PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT


Tanggal 9 Februari 2017 tepat jam 5.00 petang, JAKIM mencatat satu lagi sejarah dalam meneruskan agenda dakwah dan menyebarkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. Setiap hari Khamis di TV1 melalui Berita  jam 5 petang, seluruh masyarakat boleh mengikuti secara Lintas Langsung Berita Hal Ehwal Semasa Islam dari Kompleks Islam Putrajaya. Seluruh masyarakat akan memperolehi segala maklumat dan isu berkaitan Hal Ehwal Islam.



https://youtu.be/Dby0twwSIDY



Disediakan:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah JAKIM

Tarikh: 09 Februari 2017

Sumber:
Unit Korporat Jakim

Sunday, 5 February 2017

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2017


Tarikh:
5 Februari 2017 Satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan di Ipoh Perak pada 5 Februari 2017. Program anjuran Jakim melalui Bahagian Dakwah dan Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama MACMA dan Masjid Muhamammadiah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Yusuf Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Turut menghadiri majlis perasmian
YBhg. Dato' Haji Ali bin Mohamed Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Ustaz Zaidi Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid Muhammadiah. Program ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.











Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim

Pengawai Penyelaras Program:
Ustaz Hakim Ahmad

Ustaz Hafiz

Ustaz Nabil

Urusetia program:
Ustaz Hafizi Ahmad

En Aman Shah

Sumber :
Unit
Cawangan Dakwah Khas Jakim