Thursday, 13 April 2017

LAWATAN IPHAM JELEBU KE BAITUL IMAN SELANGOR




Tarikh:
13 April 2017

Sumber:
IPHAM Jelebu 

IPHAM telah mengadakan lawatan penanda aras di Pusat Pemurnian Akidah (Baitul Iman) Majlis Agama Islam Selangor Ulu Yam Hulu Selangor



MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZIARAH MAHABBAH


Tarikh:
13 April 2017 (Khamis)

Masa:
10.00 pagi

Tempat:
Bilik Mesyuarat Masjid Paroi Jaya
Serembann Negeri Sembilan

Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Program Ziarah Mahabbah Bersama Warga Emas Kariah Paroi Jaya Seremban Negeri Sembilan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Haji Sulaiman, Naib Presiden Persatuan Pesara Malaysia. Turut hadir mesyuarat Ustaz Mohd Fadhil Ketua Penolong Pengarah ILIM,  Pengerusi Kariah Paroi Jaya, Pengerusi KRT Paroi Jaya A & B, Pengerusi JPP Zon 19 MPS Negeri Sembilan, wakil wakil persatuan NGO dan AJK Masjid Paroi Jaya.

Mesyuarat  ini diadakan dengan tujuan satu Penyelarasan dan persediaan program Ziarah Mahabbah Warga Emas  yang akan diadakan pada 7 Mei 2017. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan itu dijangka dihadiri oleh 500 orang peserta dengan menampilkan penceramah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Us Mohd Fadhil dari JAKIM.






Tuesday, 11 April 2017

BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SIRI 1 JAKIM


Tarikh Program : 
10 Apri 2017 - 12 April 2017

Tempat Program:
Bilik Saidina Abu Bakar
Masjid Putra