Friday, 3 February 2017

CATATAN RINGKAS AMANAT YBHG. TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA, KETUA PENGARAH JAKIM



Majlis :
Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim Februari 2017

Tarikh : 3 Februari 2017 (Jumaat)

Tempat : Auditorium Jakim, KIP


1. Mengalu alukan Pengarah Bahagian Media Jakim yang baru - Tuan Hj Yusof menggantikan Dato' Mustapha Kamal yang bertukar ke RTM.

2. Tahniah kpd pegawai Jakim yang menerima kenaikkan pangkat & khas untuk Datin Norliah Sajuri atas kurniaan gelaran Dato' kepada suami beliau.

3. Bersatulah kita dalam satu organisasi. Elakkan perpecahan/ elak wujud kelompok kelompok tertentu dalam satu bahagian. Pengarah pengarah Bahagian perlu alert dan ambil tindakan sewajarnya mengenai isu ini.

4. Kita sentiasa berada di mata mata musuh hari ini. Terkini - contoh: program program dakwah kita dianggap boleh menggugat kestabilan mereka. Kita perlu terus memberi komitmen yang tinggi dan memberi kerjasama yang tinggi.

5. 2017 - Year of Delivery. Semua program kita tahun ini perlu berkonsepkan 'delivery'.

6. Tahun pelaksanaan Dasar - inilah hala tuju pelaksanaan kita pada tahun ini melalui SKS (perancangan strategik).
593 program secara keseluruhannya yang perlu kita laksanakan secara bersama.

7. Antara Janji janji kita - akan laksanakan  Akta 355. Perjumpaan dengan Guru Guru KAFA. Tambah baik perkhidmatan Halal. Hasil kajian kedua kita ISM. Kita perlu menang KIK. TeknoDaie. Buku Maya dan lain lain lagi. Kajian dan urusan kenaikan pangkat dalam semua gred.

8. 3 perkara utama yang saya nak tahun ini :
i. FOKUS

ii. BUAT KERJA

iii. DELIVER (SAMPAIKAN BALIK KEPADA MASYARAKAT).

9. Semua program yang dilaksanakan perlulah boleh diukur secara objektif. Saya akan brief Pengarah Pengarah mengenai perkara ini.

10. Jakim perlu mengoptimumkan penggunaan media baharu. Masyarakat masih berpegang kepada 'autoriti' kita sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam. Contoh, saya tertarik dengan poster fakta jumlah surau & masjid (yang ada unsur feel good story) yang disediakan oleh ICOMS.

11. Kita perlu berhadapan dengan golongan populis/ keyboard worrior di media sosial. Warga Jakim perlu sambut & sebarkan maklumat maklumat rasmi Jakim melalui group group yang kita ada. Jangan pula kita jadi pembantu & penyokong kepada usaha usaha menjatuhkan Jakim.

12. Kita perlukan idea idea baru dari Pegawai Jakim, contoh - Tahniah Dato' Ali, Pengarah Dakwah atas inisiatif mewujudkan Sekretariat Dakwah Korporat Jakim. Inisiatif ini mendapat perhatian & sokongan daripada banyak syarikat syarikat korporat.

13. Bahagian Dakwah Jakim dipertanggungjawab untuk melaksanakan TN50 pada tahun ini. 20 Feb 2017 Bahagian Dakwah akan lead program TN50 - mengumpulkan belia belia. Kita akan sama sama menjayakan program berkenaan.

14. Kita sama sama fikir apakah bentuk program yang akan kita laksanakan pada tahun 2050 nanti (this is method of future thinking 👍). Create the idea.

15. Bagi sahabat sahabat kader, tahniah kerana telah melaksanakan kerja/ tugasan dengan baik di tempat berkenaan.

16. Marilah sama sama kita menjaga imej kita di mana mana sahaja. Sentiasalah kita jaga diri. Jangan disebabkan oleh diri kita, agama kita terkait dengan fitnah.

17. Inisiatif PKPU memberi sumbangan kecemerlangan anak2 anak Jakim & sentiasa berusaha menjaga kebajikan kakitangan kita - Tahniah.

18. Tahniah utk semua pemegang Ijazah Sarjana Muda & Ijazah Sarjana & PHD.

19. Saya juga akan usahakan/ dapatkan laluan utk kenaikan pangkat bagi pegawai2 yang mempunyai PHD.

20. Diumumkan bahawa JPA telah bersetuju melantik Ustaz Mohd Aziz Jusoh sebagai Pengarah JAWI.

21. Petikan Ucapan YB Menteri,  Perhimpunan di YaPEIM Dalam organisasi, kita (pegawai kerajaan) ada 3 keadaan :

i. Seperti dedalu- pokok parasit yang menumpang pokok lain. Keberadaan kita menyusahkan organisasi.

ii. Seperti melukut di tepi gantang - keberadaan kita di suatu tempat tiada makna.

iii. Seperti lebah - baik semuanya & memberi manfaat kepada orang lain. Keberkatan. Keberadaan kita tidak merugikan orang lain. Kerja kuat. Tiada satupun yang mungkir dalam tugasnya. Tidak akan cuai dalam tugas. Tiada punca utk tidak integriti. Dia tidak menyerang melainkan dia diusik.

#mogabermanfaat.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment