17 Februari 2017 (Jumaat)
Buat pertama kali Team Media Baharu Bahagian Dakwah mengadakan secara LIVE melalui Facebook Bahagian Dakwah Program Kuliah Tujuh Minit (Kultum).
Program ini menampilkan YBhg Ustaz Mohamad Zarifi bin Haji Mohamad Daud dengan tajuk "Anak Istimewa". Menurut penyelaras admin FB Bahagian Dakwah Ustazah Nazirah Abu Bakar, beliau melahirkan rasa sukur Alhamdulillah program Live FB yang diadakan pertama kali mendapat sambutan dengan 1000 rakan FB yang menonton dan 20 orang yang telah kongsi selama 20 minit sahaja. Terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi pengalaman dan tips membesarkan anak yang istimewa.
Menurut admin FB, program KULTUM ini akan diadakan setiap hari jumaat setiap minggu. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan secara LIVE boleh melayari Facebook Bahagian Dakwah untuk mengikuti program KULTUM
https://www.facebook.com/DakwahJAKIM/videos/10154980611132398/
Disediakan oleh:
Team Media Baharu
Bahagian Dakwah Jakim
No comments:
Post a Comment