Thursday, 9 March 2017

SEMINAR JURURAWAT DAN SUKARELAWAN HOSPITAL

Tarikh::
9 Mac 2017

Tempat:
Auditorium Ibnu Sina
Masjid Putra, PUTRAJAYA

Cawangan Pengembangan Islam Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Seminar Jururawat Dan Sukarelawan Hospital bertempat di Dewan Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra. 

Program anjuran JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya ( SPPUM) telah dirasmikan oleh Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) mewakili YBhg Tan Sri Datuk Ketua Pengarah JAKIM. 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh YBhg. Dato' Dr. Khalid Ibrahim Pengarah Hospital Sungai Buloh.

Para peserta program ini terdiri dari Jururawat, Sukarelawan Hospital, Pengamal Perubatan Islam dan pegawai pegawai Kader JAKIM dari Hospital dan Kementerian. 

Sebelum majlis perasmian, para peserta di dedahkan oleh ceramah bertajuk " Nurse....Tolong Saya......" disampaikan oleh YBhg Ustaz Haji Zul Ramli bin Mohammed Razali (Pendakwah) dan Forum bertajuk " Profesyen Jururawat dan Sukarelawan: Antara Tanggungjawab Dan Cabaran.
Forum menampilkan ahli ahli panel YBhg Dato Dr. Khalid Ibrahim ( Pengarah Hospital Sungai Buloh), YBhg Ustaz Mohd Zaidi Ramli ( JAKIM) dan Ustaz Nabil Ahmad (Moderator)



 



 













Sumber dari:
Cawangan Pengembangan
Bahagian Dakwah JAKIM


Disediakan oleh:
Team Media Baharu Bahagian Dakwah

No comments:

Post a Comment