Tarikh:
13 April 2017 (Khamis)
Masa:
10.00 pagi
Tempat:
Bilik Mesyuarat Masjid Paroi Jaya
Serembann Negeri Sembilan
Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Program Ziarah Mahabbah Bersama Warga Emas Kariah Paroi Jaya Seremban Negeri Sembilan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Haji Sulaiman, Naib Presiden Persatuan Pesara Malaysia. Turut hadir mesyuarat Ustaz Mohd Fadhil Ketua Penolong Pengarah ILIM, Pengerusi Kariah Paroi Jaya, Pengerusi KRT Paroi Jaya A & B, Pengerusi JPP Zon 19 MPS Negeri Sembilan, wakil wakil persatuan NGO dan AJK Masjid Paroi Jaya.
Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan satu Penyelarasan dan persediaan program Ziarah Mahabbah Warga Emas yang akan diadakan pada 7 Mei 2017. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan itu dijangka dihadiri oleh 500 orang peserta dengan menampilkan penceramah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Us Mohd Fadhil dari JAKIM.
No comments:
Post a Comment